Friday, May 29, 2009

Belajarlah Untuk Berubah

Mengapa manusia terlalu sukar untuk menerima perubahan? Kadang kala kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang sehingga menolak sebarang perubahan yang dilakukan walhal perubahan itu sebenarnya bertujuan untuk kebaikan. Sikap mementingkan diri sendiri sentiasa menjadi faktor untuk menolak sebarang perubahan yang datang. Kekadang linda tak faham dengan sikap segelintir individu yang tidak mahu keluar dari 'comfort zone'. Ego yang terlalu tinggi dan merasakan diri yang terhebat menyebabkan manusia kadang kala tidak mahu menerima pandangan orang lain.. Belajarlah untuk berubah...Belajarlah untuk menghormati orang lain..Belajarlah untuk menghormati individu yang telah dilantik sebagai 'KETUA' untuk memimpin kita. Walaupun dirasakan kurang pengetahuannya tapi bagilah ruang kepadanya..Seharusnya dibantu dan disokong. Walau setinggi manapun kedudukan kita sekarang, semuanya bermula dari bawah.

Kita seharusnya bersikap lebih terbuka. Lihatlah ke dunia luar. Jangan merasakan apa yang kita ada itulah yang terbaik. Berubahlah mengikut peredaran masa...Bagaimana nak membawa manusia untuk menerima perubahan?? Sememangnya linda buntu dan masih gagal untuk mengubah sikap 'mereka'..Satu tekanan yang cukup hebat dan ada ketikanya terasa ingin mengalah..Semoga Allah membuka ruang dihati mereka agar mereka tersedar dan kembali ke alam realiti...

Monday, April 13, 2009

Belajar Dari Kesilapan

Terpaku dengan artikel ustaz hasrizal di saifulislam.com membuatkan linda terdetik untuk mengemas blog yang dah lama tersadai..

Berkongsi pengalaman yang linda rasakan berguna untuk semua ibu2..

Pada 5 april lepas..dalam pukul 3 pagi, anak linda, faris yang sememangnya sedang demam tiba-tiba bangun dari tidur. Linda buatkan susu dan faris tidur semula tapi tak lama kemudian dia bangun dan badannya menggigil..tangan dan kaki faris pucat..kuku hampir kebiruan. Linda panik dan terus bawak faris ke hospital.

Sampai di KMC, faris kena warded. Ada kuman dalam darah. Mengikut dr, terdedah pada udara yang tercemar (virus)..Linda tersedar mungkin berpunca dari linda, sebab jumaat tu faris dah mula nampak nak demam tapi linda bawak jugak dia pergi east coast mall sebab linda ingatkan dia tak akan demam, dahi aje suam badan tak panas pun.. Antibodi dah tak kuat dan linda bawak dia pergi jalan2 pulak. Mungkin itu salah satu puncanya. Sebenarnya malam ahad tu badan faris dah mula berpeluh lepas linda bagi ubat demam dan basahkan kepala dia dengan daun bunga raya, tapi silapnya linda bukak kipas..mungkin haba dari badan faris tak habis keluar menyebabkan badan dia menggigil (panas dari dalam).

Jadi pada semua ibu2 jangan ambil mudah bila anak demam sebab faris memang pernah demam sebelum ni..temperature 39 pun still ok but this time temp only 38.5 dan dah jadik cam tu . so we have to aware :
1) Kalau anak tengah demam, jangan sesakli bawa dia keluar (public area)
2) Sebaik2nya jangan buka kipas atau biarkan anak dekat dengan kipas
3) Sentiasa basahkan kepala anak dengan air (lagi baik ramaskan daun bunga raya putih dalam air tu)
Itulah pengalaman linda yang nak dikongsi .. janganlah sesekali kita ambil mudah :-)

Saturday, January 3, 2009

SATU kisah...SERIBU pengajaran!!!!

Hari cuti tahun baru (Khamis), linda ke bandar dengan suami dan ahmad faris. Nadhirah pulak mengikut auntie dan sepupunya ke taman permainan. Sebenarnya salah satu agenda linda, nak ke maybank membayar hutang piutang. Lepas membeli apa yang patut linda singgah ke maybank, tapi mak aihh ramainya umat..Sbb malas nak menunggu lama, jadi kami terus pegi makan. Masa tu dah 7.20pm. Since linda dah janji nak membayar hutang, rs tak sedap hati plak..odw back linda ajak hubby singgah kat maybank tak jauh dari umah linda. Dah maghrib, mulanya linda nak balik umah dulu, lepas maghrib pegi semula ke maybank. Tapi terpikir plak, dah balik umah mesti malas nak keluar semula. Jadi, teruslah ke maybank. Time maghrib ni sure cash deposit tak ramai orang!! Sah tekaan linda..mmg takde org . Dengan terburu-buru linda pegi atm machine withdraw duit, masa nak ambil atm card ada a few ppl masuk..SO linda cepat2 pegi ke cash deposit machine to be the first person. Tau tak the BIG MISTAKE i've made????

Linda ambil card tapi duit tak ambil!!!Masa kat cash machine, linda teringat..Ya ALLAH, duit tak ambil!!!!Linda terus ke atm machine dan masa tu ada one guy kat machine..Linda tanya ada nampak tak duit tertinggal kat machine??That guy said NO...Linda pun tak bleh nak cakap apa, mmg linda tak nampak dgn mata sendiri sesape yang ambil duit tu. Linda terus btau husband yg tunggu dlm kereta. Masa tu mmg menggelabah sesangat dan tak tau nak buat apa. Memang salah linda, CUAI!!!Husband btau linda masih ada peluang sbb kat situ ada cctv.

The next morning, linda call Bank Islam dan diorg sahkan mmg ada transaction which means duit tu mmg keluar dan diambil. So linda pegi Maybank buat report dan pihak Bank minta linda buat police report klau linda nak tengok rakaman CCTV. Linda pun buatlah police report dan hantar ke maybank. But since maybank ramai sgt customer hr tu, linda cuma boleh tengok cctv hari Isnin ni..Linda harap masih ada peluang untuk linda. Walaubagaimanapun linda bersyukur sbb pihak bank n polis sangat membantu walaupun kalau diikutkan mmg terang2 kecuaian linda.

Bila linda ingatkan semula kejadian tu...rupanya itulah PERINGATAN KECIL dari ALLAH S.W.T untuk linda. Kenapa???Sbb linda dah mengutamakan urusan DUNIA dari urusan AKHIRAT..masa tu maghrib dan linda mmg dah nak balik umah then baru pegi semula ke bank, tapi hati melebihkan urusan dunia!!!Kedua, sikap linda terburu-buru dan tamak, kenapa??? Sbb bila linda nampak ada org masuk, linda rasa diorg nak guna cash machine.Coz wanna be the first, lepas ambil card terus meluru ke cash machine. Kesabaran linda mmg teruji..linda baru belajar untuk menjadi orang tenang dan sabar tapi nampaknya dari kejadian ni, linda nampak perasaan susah hati dan menggelabah masih lagi menguasai diri Linda. Masih perlu melatih diri untuk mengawal emosi :-)Sesungguhnya, memang SERIBU PENGAJARAN buat linda...

Pada semua mummy..linda harap ada nilai yang boleh dikongsi dari kejadian ni. Elakkan kecuaian seperti linda.. Ingatlah, sentiasa melakukan urusan dalam keadaan yang tenang.. :-)

Monday, December 29, 2008

Belajarlah untuk TENANG...

Kesan dari kursus sehari bersama dr. tuah yg lalu, linda mula belajar meminati buku2 motivasi. Walaupun belum khatam sepenuhnya, linda dapati kehidupan yang bahagia bermulanya dari hati. Hati yang sentiasa tenang membolehkan otak berfikir dengan lebih waras dalam setiap perkara yang kita lakukan. Bagaimana nak melatih diri untuk bertenang??? Kata dr. Tuah, ketenangan boleh diperolehi jika kita mengetahui arus diri samada Beta (bersemangat, berjaya ttp kekadang membawa kpd kebodohan dan penyesalan), Alpha (Tenang, Sabar, Pintar dan Toleransi) Theta(kurang bersemangat, no idea, fikiran kosong,mengantuk) atau Delta(Tenggelam, melawan arus)

Arus diri manusia sentiasa berubah-ubah..jadi pastikan kita sentiasa berada dalam keaadaan ALPHA (tenang). 2 tips yang Dr. Tuah berikan bg membolehkan kita sentiasa berada di dalam keadaan ALPHA ialah:

1) Banyakkan minum air masak. Jika kita berada di dalam keadaan kelam kabut atau gagal mengawal emosi, minumlah air masak. Air mampu menyiram api kemarahan dalam diri dan memberi ketenangan kepada hati.

2) Memakai Pewangi. Bunyinya macam kelakar dan pelik..tapi bagi Linda ada logiknya. Linda memang sukakan bau yang wangi. Keharuman boleh memberi ketenangan..Bagaimanakah perasaan kita bila terhidu sesuatu yang busuk..mesti emosi kita terus berubah bukan??Keharuman bau seperti pot pouri atau yang seangkatan dengannya di rumah atau di tempat kerja dapat mempengaruhi emosi dan memberi ketenangan.

Belajarlah untuk tenang
..itulah perubahan yang ingin linda lakukan bagi tahun baru hijrah ini. Linda akui terdapat unsur2 api dalam diri linda yang kadang kala menyebabkan linda gagal untuk mengawal emosi. Baik dalam berkeluarga atau dalam bekerja, bila gagal mengawal emosi, kita sukar untuk menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka dan lebih bertegas dengan pendirian sendiri walaupun kadang kala ternyata ianya SALAH..

Sehari bersama Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj

Sabtu lepas ada program sehari bersama Dr. HM Tuah kat ofis linda. Awal pagi tu mmg berat hati nak pergi kursus Dr Tuah tu, yalah dalam sebulan dua ni linda dah lama tak menikmati cuti hari SABTU. Ada je urusan yg menyebabkan linda perlu ke ofis.

Rupa-rupanya bila dah mengikuti kursus tu, barulah linda sedar sebenarnya linda dah menghabiskan cuti SABTU linda dengan aktiviti yang paling berHARGA, mungkin sukar untuk memperolehi lagi peluang kedua macam hari tu.. Banyak ilmu yang linda perolehi dan pastinya linda akan kongsikan bersama semua mummy dalam next entry nanti..InsyaALLAH :-)

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430..Sasarkan Matlamat dan Tekadkan Azam

Alhamdullilah..dengan terbenamnya matahari dan masuknya waktu Solat Maghrib tadi bermulalah 1 Muharam, tahun baru dalam kalendar Islam bersamaan 1430H. Linda harap kita sama2 meninggalkan 1429H dengan Doa Akhir Tahun dan memulakan tahun baru ini dengan Doa Awal Tahun agar kita terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan dan diberikan keSejahteraan dan Rahmat oleh Allah S.W.T, InsyaAllah...

Matlamat hidup linda, ialah memperolehi kehidupan yang bahagia..bahagia bersama keluarga, bahagia dalam kerjaya dan juga diakhirat!!Tapi bagaimana nak mencapainya???

Kursus sehari bersama Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj pada 27/12, Sabtu lalu banyak memberi kesedaran dan membangkitkan semangat linda yang masih tercari-cari matlamat hidup sebenar linda selama ni...Terlalu banyak yang ingin dikejar sehingga tak tahu arah mana sebenarnya yang linda nak tuju

Ya..setiap matlamat yang kita sasarkan pastikan ada tindakannya. Tindakan pertama yang linda ingin mulakan pada tahun baru ini ialah dengan meningkatkan motivasi diri linda yg asyik tenggelam timbul supaya linda lebih berkeyakinan dalam mencapai matlamat yang linda sasarkan..

Pada semua mummy sama-samalah kita mensasarkan matlamat dan keinginan serta tekadkan azam agar kita menjadi insan yang HARI INI sentiasa LEBIH BAIK dari HARI SEMALAM..InsyaALLAH:-)

Wednesday, December 24, 2008

Playtime..AngelFish Rocker n Swing

Special Thanks to Ninie and Tinie.. My kids really enjoyed it!!!